Ku sangka panas sampai ke petang

Ashabul Kafi perolehi email...sama-sama kita renungkan.

Doa yang ku pohon tidak terabai
kasih yang ku minta telah di nodai
kebebasan yang di pinta kau hancuri
kesetiaan yang terbina jatuh berderai

28.5.2000 termetri ikatan janji
kurniaan ilahi, ku syukuri
Anak-anak kita...
penguat hati....

Tapi sayang seribu kali sayang
Ribut di petang hari pertanda illusi
Hatiku di robek dengan sekuat hati
kecewa teramat mencabar diri
Adakah aku tak punya harga diri?

Kisah berlalu luka bernanah
kau hancuri ikatan janji
Adakah kerana cerita upin dan ipin bernama kawan disalah erti
cinta
mual berputik tak kenal diri
Antara lelaki dan suami

Kau kata ini kekosongan hati
mencari kawan berkongsi hati
dalam diam kau membinasa hati
ketika tidak bersama suami

Kau cabar kesetian diri
maruah diri ini telah teruji
menjadi hati kian menyepi
terasa segalanya telah kau sakiti

Terguris kali ini besarlah erti
kerana pembohongan yang telah dimulai
tiada izin lagi ke mana nak pergi
sampai hati kau buat ku begini

Dosa yang kau namapak hanayalah yang empunya diri
dosa derhaka kau salahi
inikah tujuan untuk menyakiti
supaya pilihan hati dapat di patuhi

Salah aku penyebab ini...?
atau sukanya hati dapat pilihan hati
terlupa anak dan suami
sehingga lelaki jadi pengubat hati

kristal itu tak terpecah di hati
Tapi hati suami kau pecahi
dengan racun lelaki
sehingga suami merasai tak di hargai

Sampai hati cerita hati
hati berbatu pecah terlerai
musnah hati bina mahligai
kerana di nodai kecurangan isteri

nukilan seorang suami,

Ashabul kafi menitik air mata membaca kisah duka ini, rupa-rupanya ianya berlaku dalam hidup realiti ini....sama-samalah kita bermusabah diri...kelak menjadikan kita lebih berhati-hati.
InsyaAllah.

0 nukilan pembaca:

all about me

Sharing is Caring...
Blog ni adalah medan perkongsian seorang blogger bernama ASHABUL KAFI bersama teman2 blogger...
semoga kita selalu tabah dalam meniti perjalanan hidup ini...
ape2 hal..nak sharing story..
juz mail me.. : asia_cinta@yahoo.com