Boss An = bosan?


Singkirkan kebosanan dari hidup anda Ashabul Kafi

Ashabul kafi dengarlah orang kata hari tu...Orang yang hidup mengekang diri dengan satu gaya hidup sudah tentu akan dilanda bosan.Mana taknya...hari-hari pakai baju sama...boring juga yek..Ashabul kafi suka warna biru.


Ini adalah kerana, pada dasarnya jiwa manusia memang memiliki kecenderungan mudah merasa bosan.Tabiat dasar setiap manusia adalah tidak suka berada dalam satu keadaan yang sama. Memang kita suka cari yang baru..rumah baru, kawan baru, jam baru, semua lah baru...Ashabul kafi jangan cari bini baru sudah lah yek...Ashabul kafi tak kawin lagi......

Oleh kerana itu,maka Allah memutar zaman dan tempat bagi manusia, memberikan berbagai bentuk makanan, minuman dan menciptakan makhluk yang beraneka ragam.Ada malam dan siang. Ada dataran tinggi dan dataran rendah. Ada putih dan hitam, ada panas dan dingin dan ada manis dan masam. Keberagaman dan perbezaan ini seringkali di sebut dalam Al quran….hebatnya Allah....


Jom kita berangan sekejap dan cuba fikir-fikir sesuatu dengan....solat...haaaa contoh yang terbaik tu...Dalam solat, kita akan menemui berbagai jenis dan ragam dalam bentuk dan makna yang terkandung di dalamnya. Dalam solat terdapat amalan qalbiyah(yang berkaitan dengan hati).hati nie...mestilah khusuk...eleh cakap je khusuk Ashabul kafi,Lepas takbir je barang hilang pun jumpa...kuat betul ganguannya... qauliyah(yang berkaitan dengan perkataan). Sebutan mesti betul Ashabul Kafi...bacaaan tu mesti betul...dulu ashabul kafi belajar ngaji dengan Wak pian... amaliyyah(yang berkaitan dengan tindakan)

maliyyah(yang berkaitan dengan harta)

Bahkan dalam solat ada posisi berdiri, rukuk sujd dan duduk. Jadi kita tak akan rasa boring kalau kita lakukan banyak2 kali....cubalah Ashabul kafi, lama-lama nanti akan datang lazat....



Sharing is Caring...
Blog ni adalah medan perkongsian seorang blogger bernama ASHABUL KAFI bersama teman2 blogger...
semoga kita selalu tabah dalam meniti perjalanan hidup ini...
ape2 hal..nak sharing story..
juz mail me.. : asia_cinta@yahoo.com

3 nukilan pembaca:

♛ Kerani Sekolah ♛ May 12, 2009 at 8:37 PM  

singkirkan bosan dgn solat..
memg byk hikmahnye solat kan..
Syukur kite insan terpilih sebgai hamba Allah s.w.t

Ayu Zan May 12, 2009 at 10:28 PM  

em..manusia ni lumrahnya mmg ada sifat bosan kan.. hebatnya Allah menjadikan kepelbagaian dalam alam ini...

MaiHani May 13, 2009 at 12:48 AM  

manusia memang tak lari dengan sikap yang cepat terlalu bosan..biarlah bosan dengan perkara tidak baik tetapi tidak bosan dalam menjalankan amal ibadah dan kita sebgai khalifah di muka bumi Allah ini..smoga kebosanan dapat terisi dengan sesuatu yang indah berfaedah..

all about me

Sharing is Caring...
Blog ni adalah medan perkongsian seorang blogger bernama ASHABUL KAFI bersama teman2 blogger...
semoga kita selalu tabah dalam meniti perjalanan hidup ini...
ape2 hal..nak sharing story..
juz mail me.. : asia_cinta@yahoo.com