Pahit jangan terus di buang itu bidalan

Alhamdulilah syukur ke hadrat illahi.....

kerana limpah nikmatmu ke atas diri ku....Kekecewaan yang Ashabul kafi terima amat pedih dan pahit...Pahit jangan terus di buang itulah bidalan Ashabul Kafi...Andai kau meminta aku melepaskan mu akan ku tunaikan kerana itu alam percintaan....

Setiap manusia di beri berbagai cubaan...namun bagaimana cara kita menghadapinya.itulah yang membezakan kita..sabar dan terus bersabar Ashabul Kafi...

Ya benar, pahit jangan terus di buang...mungkin dengan kepahitan itu akan menjadikan kita sihat seperti pahitnya ubat...betul betul betul...hari tu ada makcik tu rebus akar kayu...lepas tu dah sejuk dia letak dalam peti sejuk...Ashabul Kafi dahaga...ingatnya air teh baca bismillah terus togak....tersembur Ashabul kafi...PAHIT.tapi Ashabul Kafi rasa segarr selepas tu mungkin sebab ubat akar kayu tu telah meresap sebab banyak juga Ashabul Kafi tertelan.

Kejujuran yang musnahkan dia menjadikan kita sering merasa remuk.
Penipuan yang kita terima menjadikan kita di robek.

Tapi kau tau Ashabul Kafi, kesabaran yang kau terima menjadikan kau akan lebih bersedia menghadapi pertemuaanmu dengan tuhan mu..Di sini lah perjuangan alam dia antara dua dunia.
Alam tipu dan juga alam akhirat...Tolonglah bantu Ashabul Kafi, hati-hati yang kecewa dengan perbanyakan zikir YaLatiff...kerana zikir ini akan menjadikan hati kita tenang dan tau asal usul mu...

Kekecewaan boleh dilupakan Ashabul kafi. Tapi parut tetap ada. macam mana nak di baiki...Parut tu lah yang mengigatkan keupayaan kita Ashabul kafi..

Cakap memang senang...Faham Ashabul Kafi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Penat , lelah dan hampir-hampir sesak nafas...Namun Ashabul Kafi, semuanya atas kamu menyelamatkannya...Apa pendoman yang harus aku ikut.Aku hilang,bingong gusar..dan berbagai lagi...Pendomannya sungguh mudah Ashabul Kafi....perhatikanlah kebaikannya yang telah dia berikan kepada mu dan mungkin harta yang di berikannya. Ya tapi tetap menyakitkan..Beginilah, mengadulah pada Allah yang menjadi kamu Ashabul Kafi...Ya Allah cubaan mu menandakan kasih sayangMu terhadap ku,berikanlah cubaan yang hanya aku sanggup tanggungi...

Tapi Aku lihat kau sentiasa ceria Ashabul Kafi...Manusia harus berlakun untuk meneruskan kehidupan...teruskanlah menjadi pelakon yang baik Ashabul Kafi...InsyaAllah..Aku dan teman-teman akan terus mendoakan mu Ashabul Kafi...terima kasih ibu dan bapa ku kerana melahirkan aku sehingga aku masih rasa lagi kasih sayangmu...bila ku merasa kecewa kau jualah yang dapat menenagkan ku.....sesungguhnya kaulah kasih dan cinta yang sejati di dunia ini...tanpa penipuan.

Akan ku cuba...sabar dan terus bersabar...

2 nukilan pembaca:

Ayu Zan May 29, 2009 at 8:53 PM  

awak...kenapa...............

allyn May 31, 2009 at 7:14 PM  

salam awk...len mcm aje...ade problm cte la....

all about me

Sharing is Caring...
Blog ni adalah medan perkongsian seorang blogger bernama ASHABUL KAFI bersama teman2 blogger...
semoga kita selalu tabah dalam meniti perjalanan hidup ini...
ape2 hal..nak sharing story..
juz mail me.. : asia_cinta@yahoo.com