Ku sangka panas sampai ke petang

Ashabul Kafi perolehi email...sama-sama kita renungkan.

Doa yang ku pohon tidak terabai
kasih yang ku minta telah di nodai
kebebasan yang di pinta kau hancuri
kesetiaan yang terbina jatuh berderai

28.5.2000 termetri ikatan janji
kurniaan ilahi, ku syukuri
Anak-anak kita...
penguat hati....

Tapi sayang seribu kali sayang
Ribut di petang hari pertanda illusi
Hatiku di robek dengan sekuat hati
kecewa teramat mencabar diri
Adakah aku tak punya harga diri?

Kisah berlalu luka bernanah
kau hancuri ikatan janji
Adakah kerana cerita upin dan ipin bernama kawan disalah erti
cinta
mual berputik tak kenal diri
Antara lelaki dan suami

Kau kata ini kekosongan hati
mencari kawan berkongsi hati
dalam diam kau membinasa hati
ketika tidak bersama suami

Kau cabar kesetian diri
maruah diri ini telah teruji
menjadi hati kian menyepi
terasa segalanya telah kau sakiti

Terguris kali ini besarlah erti
kerana pembohongan yang telah dimulai
tiada izin lagi ke mana nak pergi
sampai hati kau buat ku begini

Dosa yang kau namapak hanayalah yang empunya diri
dosa derhaka kau salahi
inikah tujuan untuk menyakiti
supaya pilihan hati dapat di patuhi

Salah aku penyebab ini...?
atau sukanya hati dapat pilihan hati
terlupa anak dan suami
sehingga lelaki jadi pengubat hati

kristal itu tak terpecah di hati
Tapi hati suami kau pecahi
dengan racun lelaki
sehingga suami merasai tak di hargai

Sampai hati cerita hati
hati berbatu pecah terlerai
musnah hati bina mahligai
kerana di nodai kecurangan isteri

nukilan seorang suami,

Ashabul kafi menitik air mata membaca kisah duka ini, rupa-rupanya ianya berlaku dalam hidup realiti ini....sama-samalah kita bermusabah diri...kelak menjadikan kita lebih berhati-hati.
InsyaAllah.
bacalah lagi yek >>

Pahit jangan terus di buang itu bidalan

Alhamdulilah syukur ke hadrat illahi.....

kerana limpah nikmatmu ke atas diri ku....Kekecewaan yang Ashabul kafi terima amat pedih dan pahit...Pahit jangan terus di buang itulah bidalan Ashabul Kafi...Andai kau meminta aku melepaskan mu akan ku tunaikan kerana itu alam percintaan....

Setiap manusia di beri berbagai cubaan...namun bagaimana cara kita menghadapinya.itulah yang membezakan kita..sabar dan terus bersabar Ashabul Kafi...

Ya benar, pahit jangan terus di buang...mungkin dengan kepahitan itu akan menjadikan kita sihat seperti pahitnya ubat...betul betul betul...hari tu ada makcik tu rebus akar kayu...lepas tu dah sejuk dia letak dalam peti sejuk...Ashabul Kafi dahaga...ingatnya air teh baca bismillah terus togak....tersembur Ashabul kafi...PAHIT.tapi Ashabul Kafi rasa segarr selepas tu mungkin sebab ubat akar kayu tu telah meresap sebab banyak juga Ashabul Kafi tertelan.

Kejujuran yang musnahkan dia menjadikan kita sering merasa remuk.
Penipuan yang kita terima menjadikan kita di robek.

Tapi kau tau Ashabul Kafi, kesabaran yang kau terima menjadikan kau akan lebih bersedia menghadapi pertemuaanmu dengan tuhan mu..Di sini lah perjuangan alam dia antara dua dunia.
Alam tipu dan juga alam akhirat...Tolonglah bantu Ashabul Kafi, hati-hati yang kecewa dengan perbanyakan zikir YaLatiff...kerana zikir ini akan menjadikan hati kita tenang dan tau asal usul mu...

Kekecewaan boleh dilupakan Ashabul kafi. Tapi parut tetap ada. macam mana nak di baiki...Parut tu lah yang mengigatkan keupayaan kita Ashabul kafi..

Cakap memang senang...Faham Ashabul Kafi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Penat , lelah dan hampir-hampir sesak nafas...Namun Ashabul Kafi, semuanya atas kamu menyelamatkannya...Apa pendoman yang harus aku ikut.Aku hilang,bingong gusar..dan berbagai lagi...Pendomannya sungguh mudah Ashabul Kafi....perhatikanlah kebaikannya yang telah dia berikan kepada mu dan mungkin harta yang di berikannya. Ya tapi tetap menyakitkan..Beginilah, mengadulah pada Allah yang menjadi kamu Ashabul Kafi...Ya Allah cubaan mu menandakan kasih sayangMu terhadap ku,berikanlah cubaan yang hanya aku sanggup tanggungi...

Tapi Aku lihat kau sentiasa ceria Ashabul Kafi...Manusia harus berlakun untuk meneruskan kehidupan...teruskanlah menjadi pelakon yang baik Ashabul Kafi...InsyaAllah..Aku dan teman-teman akan terus mendoakan mu Ashabul Kafi...terima kasih ibu dan bapa ku kerana melahirkan aku sehingga aku masih rasa lagi kasih sayangmu...bila ku merasa kecewa kau jualah yang dapat menenagkan ku.....sesungguhnya kaulah kasih dan cinta yang sejati di dunia ini...tanpa penipuan.

Akan ku cuba...sabar dan terus bersabar...
bacalah lagi yek >>

LUPA = LU APA?

Lupa satu nikmat Allah.

Ashabul kafi terbaca sebuah buku dr Ustat Zul Ramli. Lupa satu keperluan..Betul Ustat, Ashabul kafi sering memerlukan lupa…ialah…lupa pada kesedihan, lupa pada sakit, lupa pada penganiayaan seorang kawan baik dan lupa pada kekecewaan kepada sahabat baik..Namun ianya menjadi malapetaka kalau kita sering lupa pada diri, agama, ilmu dan lebih-lebih lagi pada Allah yang menjadikan kita.

Nikmat lupa ini sangat-sangat kita perlukan semasa keadaan tertentu untuk kita meneruskan hidup kita seterusnya. Bayangkanlah kalau Allah tarik kita punya lupa. Setiap masa kita akan sering mengigati kesalahan, kekecewaan dan penderitaan yang menyakitkan. Keceriaan kita akan terbantut, seterusnya kita akan menjadi murung atau tension dan mungkin kita akan menjadi gila. Namun atas kebesaran Allah dan kebijaksanaan Allah menjadikan kita sangat-sangat perlu pada lupa. Bersyukurlah pada Allah. Alhamdulilah..terima kasih Allah buat Ashabul Kafi lupa sakit, kepedihan dan kekecewaan namun semuanya ada hikmahnya.


Kita kena juga melupakan sesuatu peristiwa yang berlalu maka masa lalu biarlah berlalu supaya apa harapan yang belum menjadi kenyataan dapat kita capai dengan kekuatan di atas peristiwa itu...

Maka perlunya kita memanfaatkan waktu kejadian itu dan saat-saat kau sedang menjalaninya

Pepatah cina ada menyebut janganlah anda menggambarkan sebuah jambatan sebelum anda melaluinya.

RENUNGKANLAH

Wahai anak adam, hidupmu Cuma tiga hari je….hari kelmarin yang telah berlalu,hari esok yang belum tiba dan hari ini saat kau menjalaninya, maka bertaqwalah kepada Allah dalam menjalaninya.

Merenunglah dan bersyukur

Yang lalu, biarlah berlalu

Hari ini milik anda

Masa hadapan akan datang dengan sendirinya

Jadikan kritikan tajam sebagai penghormatan

Berharaplah Akan Datang sendirinya

Jadikanlah kritikan tajam sebagai penghormatan

Berharaplah redha Allah semata

Berbuat baik kepada orang lain akan melapangkan dada

Usirlah kekosongan dengan kesibukkan

bacalah lagi yek >>

sabar VS keluhan

memetik request dari allyn mengenai sabar dan keluhan..

"kesabaran adalah jalan ke syurga..mengeluh adalah sia2.."...kata Allyn..

KESABARAN

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Al-Imran ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”
(Ar-Ra’d: 28)

KELUHAN

“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
(Surah Yusuf ayat 12)

"janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman"
(alimran : 139)

janji Allah itu pasti kan?

Jadi Allyn mengeluh tu sia-sia je...boleh mengeluh bila sedap....je...Apalah Ashabul mengarut nie..tapi semuanya telah ada panduan di dalam melayari bahtera kehidupan. Galilah Al-Quran.
InsyaAllah...makin di gali makin bayak ilmu Allah yang masih tidak kita terokai...Sama-samalah gali bersama Ashabul kafi...

Ya Allah, kurniakan keberkatan ilmu mu untuk seluruh umat Muhammad...Amin.


sebarang pertanyaan boleh la email or post komen di ruangan mana2 entry blog ini..
email : asia_cinta@yahoo.com
bacalah lagi yek >>

Masalah cinta Lny....

Ashabul kafi....Lyn ada masalah nie....masalah Lyn kecik je...tapi besar buat Lyn...Begini ceritanya...
Lyn telah bercinta selama 4 tahun dan Lyn amat menyayangi dengan si A (katakan lah A bernama Ramli) selama bercinta dengan si Ramli nie si Ramlie nie selalu menasihatkan perkara2 yang baik...sejak kebelakang nie si Ramli nie jaranglah contact melalui sms ke atau telefon...jadi percintaan saya pun menjadi hambar buat seketika....lepas tu saya pun mulalah merasa kekosongan.....lepas tu datanglah seorang lelaki mengisi kekosongan dan dengan tergesa-gesa saya menerima cinta dia dengan rela hati....selepas beberapa bulan bercinta....tiba-tiba si Ramli pun menagih janji cinta setia kepada saya....ini yang peningkan kepala saya nie....Tolonglah saya Ashabul Kafi.....


Ashabul kafi dengan merendah diri memang tak reti nak nasihat saudari Lyn nie...cuma, cubalah cik Lyn bersabar dan bawa bertenang dulu.....Berbalik dengan Jodoh, Ajal, Rezeki semuanya adalah urusan Allah....katakan lah saudari Lyn bercinta dengan si Ramli dengan sepenuh hati Saudari Lyn...namun ketentuan Allah itu lebih tepat, sebab rancangan Allah lah yang akan membahagiakan kita di kemudian hari....Kalau mintak nasihat Ashabul kafi...apa salahnya kita bercinta dengan kedua-duanya....sebab itu akan menyebabkan cinta kita lebih mendebarkan...barulah cinta kita tu ada trill sikit....cuma nasihat Ashabul Kafi, jauhkanlah dari perbuatan yang mengarah kepada zina....sebab zina akan merosakkan keturunan kita...

Renungkanlah bahawa bukan jodoh, rezeki, ajal yang di suruh Allah untuk kita mencarinya...Kita di suruh Allah supaya kita menjadi orang yang berlumba-lumba dalam ketakwaan kepadaNya.
Ini yang diperlukan oleh makanan rohani kita...macam masalah saudari Lyn tu semuanya dah di tentukan oleh Allah. Cuma kita nie je, yang sebuk-sebuk menentukan mengikut kehendak kita...

Kesimpulannya saudari Lyn, nikmatilah kebahagian pada masa kini untuk menjadikan diri saudari Lyn lebih tenang dalam menghadapkan diri kepada cinta yang lebih agung dan di tuntut...iaitu cinta pada Allah..
bacalah lagi yek >>

Usah kau bersedih


Jangalah kau bersedih Ashabul Kafi sesungguhnya dengan merenung dan bersyukur kau akan di sayangNya. Kau sepatutnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan....satu angin je hembus ke belakang...apa nie Ashabul kafi buat lawak pulak...setiap kafilah akan berjalan ke depan, oleh itu jangan salahi sunah kehidupan...Betul tu....

Yang lalu, biarlah berlalu.

Hari ini milik anda Ashabul kafi kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup,jadi tak yah lah fikir-fikir hari semalam...dan juga esok yang belum tahu sempat tak kita jengok....katakan hari nie kita dapat minum air dingin yang menyegarkan, maka kenapa nak bersedih atas air masin yang kau minum semalam, atau kau menginginkan air esok yang masin dan panas.. Tekadkan hati mu Ashabul kafi...masa hidupmu hanyalah hari nie je...prinsip inilah yang menyebab kan kita akan beramal bersungguh-sunguh, sekaligus akan memperbaiki tingkah laku mu....

Hari ini milik anda...

sematkan dalam hatimu Ashabul kafi untuk mencipta kamus kebahagian...
Masa hadapan akan datang dengan sendirinya.Jadikan kritikan tajam sebagai penghormatan.Berharaplah Akan Datang sendirinya.

Jadikanlah kritikan tajam sebagai penghormatan.
Berharaplah redha Allah semata.
Berbuat baik kepada orang lain akan melapangkan dada.
Usirlah kekosongan dengan kesibukkan.

Firman Allah : Surah Al Baqarah : Ayat 148
Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia mengadap kepadanya. Maka berlumbalah – lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan.
bacalah lagi yek >>

Boss An = bosan?


Singkirkan kebosanan dari hidup anda Ashabul Kafi

Ashabul kafi dengarlah orang kata hari tu...Orang yang hidup mengekang diri dengan satu gaya hidup sudah tentu akan dilanda bosan.Mana taknya...hari-hari pakai baju sama...boring juga yek..Ashabul kafi suka warna biru.


Ini adalah kerana, pada dasarnya jiwa manusia memang memiliki kecenderungan mudah merasa bosan.Tabiat dasar setiap manusia adalah tidak suka berada dalam satu keadaan yang sama. Memang kita suka cari yang baru..rumah baru, kawan baru, jam baru, semua lah baru...Ashabul kafi jangan cari bini baru sudah lah yek...Ashabul kafi tak kawin lagi......

Oleh kerana itu,maka Allah memutar zaman dan tempat bagi manusia, memberikan berbagai bentuk makanan, minuman dan menciptakan makhluk yang beraneka ragam.Ada malam dan siang. Ada dataran tinggi dan dataran rendah. Ada putih dan hitam, ada panas dan dingin dan ada manis dan masam. Keberagaman dan perbezaan ini seringkali di sebut dalam Al quran….hebatnya Allah....


Jom kita berangan sekejap dan cuba fikir-fikir sesuatu dengan....solat...haaaa contoh yang terbaik tu...Dalam solat, kita akan menemui berbagai jenis dan ragam dalam bentuk dan makna yang terkandung di dalamnya. Dalam solat terdapat amalan qalbiyah(yang berkaitan dengan hati).hati nie...mestilah khusuk...eleh cakap je khusuk Ashabul kafi,Lepas takbir je barang hilang pun jumpa...kuat betul ganguannya... qauliyah(yang berkaitan dengan perkataan). Sebutan mesti betul Ashabul Kafi...bacaaan tu mesti betul...dulu ashabul kafi belajar ngaji dengan Wak pian... amaliyyah(yang berkaitan dengan tindakan)

maliyyah(yang berkaitan dengan harta)

Bahkan dalam solat ada posisi berdiri, rukuk sujd dan duduk. Jadi kita tak akan rasa boring kalau kita lakukan banyak2 kali....cubalah Ashabul kafi, lama-lama nanti akan datang lazat....



Sharing is Caring...
Blog ni adalah medan perkongsian seorang blogger bernama ASHABUL KAFI bersama teman2 blogger...
semoga kita selalu tabah dalam meniti perjalanan hidup ini...
ape2 hal..nak sharing story..
juz mail me.. : asia_cinta@yahoo.com
bacalah lagi yek >>

+ Dunia Persahabatan Maya Bermula +

"SESUNGGUHNYA...
MASA ITU KAPAL PELAYARAN,
IMAN ITU KEMUDI KEHIDUPAN,
MASALAH ITU BADAI PENCETUS KEJAYAAN
DAN
SAHABAT ITU WADAH MENDEKATI TUHAN"


Ashabul kafi tertarik dengan kata-kata tu.....
renungkanlah bersama-sama
..




Firman Allah...
"Demi masa....sesungguhnya manusia di dalam kerugian..."


kali ni..Ashabul Kafi nak celoteh berhubung Masa..Time..Waktu..


Benarlah kata-kata Allah itu....sememangnya manusia dalam kerugian di dalam menjalani masa di dunia nie....mana taknya...Ashabul Kafi sendiri selalu rasa rugi dalam melayari bahtera pelayaran.....Asyik berangan je....cuma kalau kita berangan kepada keindahan ciptaan Allah ianya menjadikan kita lebih memahami kehendak Allah masa kita kat dunia nie..

"Allah nak apa?"


Allah nak kita bertakwalah....apalah itu pun Ashabul kafi itu pun tak tau ke..


Tapi faham ke kita?....rasanya kita sering lupa....ye tak...


"Ya Allah berikanlah kefahaman agamaMU itu pada seluruh umat muhammad dan makhlukmu sama ada di langit dan juga di bumi sama ada yang ghaib atau pun yang nyata"


Masa ini sepertinya sebuah kapal yang bocor dalam pelayaran kita menuju distinasi..kalau kita tak buat persiapan sebaiknya...maka kita akan karam sebelum sampai.....ye tak....jadi macam mana nak sampai dengan selamat....

Call penyelamatlah....
hello2...calling2....just dail 24434...
"haha..macam nombor undilah saya AF la pule..

tp....ini AF juga...A stand for Allah and F for firman.

Number tu....kena buatlah.....solat tu...subuh 2 rakaat....zohor 4 rakaat....asar 4 rakaat magrib 3 rakaat dan isya...4 rakaat...tau...dah tau kenapa tak buat....?

"Ashabul Kafi..kena la buat..jangan abaikan..tau?"

Sebab kita sombong....tu le pasal...lengah-lengahkan....

"padan muka kau Ashabul kafi terkena pada batang hidung sendiri...aduh..."

Kalau nak cerita tentang masa nie kita memang akan jadi rugi sebab masa terus je berlalu tanpa kesian...melainkan jam tangan habis bateri....berhentilah kat tangan kita.....tapi masa terus je jalan dengan sombongnya.....itu sifat masa..
malas nak layan manusia yang tak tau, bahasa masa.....


oklah nanti sambung lagi yek..

****

tadi tu 'masa' rehat...sambung balik cerita 'masa..

"eh..eh..eh...kau jalan terus 'masa' walaupun aku rehat jap. Dengki betul kau dengan aku..........ahhh."

Adakala 'masa' tu penat di tunggu...macam mana yek...masa tunggu kekasih le...Ashabul kafi, 'masa' tunggu kekasih nie...macam-macam cuba buat...mohon semuanya di terima kekasih...bukan kekasih tu yang jiwang2 tu..yang i love u and u love me tu....bukan bukan bukan....bukan yang tu...

Kekasih nie sentiasa bersama kita, tak pernah leka, selalu tolong kita, walaupun kita nie pembuat dosa....selalu maafkan kita...

siapa lagi kan? tentu semua tahu....Dia lah yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah.

Aik! macam permulaan ayat je...ada mula adalah akhirnya.
" Bukankah mengigati mati tu masa yang paling ditunggu?"
Takutlah....Tapikan...bukankah mengigati mati tu sebijak-bijak manusia...

[ (betul betul betul) upin dan ipin pun ada ke...
tumpang lalu yek..eh budak nie...kang Kak Ros marah kan. ] selingan kejap

Jadi tunggu apa lagi jom kita sama-sama bertasbih....subahannallah.....sikit-sikit pun tak pe....istiqomah tu penting pesankanlah dengan kawan-kawan ...yelah...mudah-mudahan kita sama-sama dirahmati Allah...cubalah..

InsyaAllah


P/S : Kawan2..kalau ade ape2 cerita nak dikongsi bersama
Ashabul Kafi..
cinta, kewangan, kerja, sahabat..ape saje..
email aje saya : asia_cinta@yahoo.com

~ashabulkafi~

bacalah lagi yek >>

all about me

Sharing is Caring...
Blog ni adalah medan perkongsian seorang blogger bernama ASHABUL KAFI bersama teman2 blogger...
semoga kita selalu tabah dalam meniti perjalanan hidup ini...
ape2 hal..nak sharing story..
juz mail me.. : asia_cinta@yahoo.com